Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Showing posts with label Interesting topics regarding Islam... Show all posts
Showing posts with label Interesting topics regarding Islam... Show all posts

Sunday, April 22, 2007


Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan.

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...



Iiftirash

Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
"Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)….."
Hadith shohih riwayat Bukhri.
Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

A praying sejadah in a mosque

This event happened in a mosque one night in Oman...South of Muscat...the villagers heard the sound of a man reciting verses from the Qur'an and went into the msque to investigate..only to find no one around..upon thorough investigation, they found a 'sejadah'/ prayer carpet in a kneeling position, as if praying...facing the kiblat...subhanallah...

Does a Muslim wife has any rights to her money?

Assalamualaikum Ustaz,
Harap ustaz dapat jawab kemusykilan saya secara private. Semasa saya megikuti kursus rumahtangga, ustaz yang memberi ceramah kata duit suami adalah duit isteri jugak, tetapi duit isteri hak isteri. So, adakah maknanya di sini saya boleh membelanjakan duit gaji saya tanpa meminta kebenaran suami?
Sebab ada rakan lelaki saya berkata duit isteri pun, perlu mintak kebenaran suami jika nak beli apa-apa. Harap ustaz boleh jawab.
> >
terimakasih.
> >
==================================
Wa'alaikumsalaam Wr Wb
> >
Hak memberi nafkah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami. Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik, understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan beban kewangan. Dari itu, understanding dari pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga....susah senang sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak suami mesti memenuhi segala kewajipan dia.
> >
Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja rumah. Tiada undang2 dlm Islam mengatakan semua kerja dlm rumah harus dilakukan oleh si isteri, sedangkan nabi Muhammad s.a.w melakukannya sendiri kerja rumah tanpa menyuruh isteri beliau iatu Khadijah.
Suami yang suka menyuruh2 si isteri adalah suami yang egoistic. Dari itu suami yang bijak dan beriman tahu akan tanggungjawab barulah bahagia hidup, hingga ke syurga.
Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.
> >
Saya menolak pendapat "ustaz" kursus rumahtangga itu yang berkata duit isteri...isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban kewangan.
> >
1 )Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak , suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.
> >
2)Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak steri kena faham ini.
Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu. Muafakatlah,kerana ia membawa berkat.
> >
Saya harap saudari faham akan penjelasan saya. Kalau isteri kaya, si suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat fitrah kepada suami.
> >
Wallaahu'alam.
Syukran.
UnzhurMaa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala
AlHaqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil Islaam
AbdulManaf Bin Abdul Gani